Wednesday, September 29, 2010

Cepat-cepat Minta Maaf

Posted by Shazwani at 29.9.10 0 comments

Syawal datang diiringi laungan takbir syahdu. Kemeriahan aidilfitri menutup tabir Ramadan yang berlabuh. Kesyukuran sang hamba atas kurniaan nikmat Iman dan Islam dan sempurnanya ketaatan sebulan berpuasa, menggamit rindu akan syurga Ilahi.
Kegembiraan, kemeriahan, keindahan, kesyahduan, kesyukuran dan pelbagai lagi rasa hati dan perasaan, letaknya dihati kita. Pelbagai kalimat ini, memerlukan hati yang lapang untuk menampungnya. Jika sempit hati, bagaimana mampu menampung segala perasaan tersebut?
Antara perasaan yang memberatkan hati dan menyempitkan jiwa ialah kemarahan. Api kemarahan, apabila marak akan membakar segala ruang yang diperlukan dalam dada seseorang. Pepatah melayu ada mengatakan: " Terbakar kampung nampak asap, Terbakar hati, tak siapa yang tahu." Memberi kemaafan ada kalanya lebih berat daripada memikul batu dibahu. Lebih-lebih lagi jika hati telah keras membatu, bersalut dengan dendam dan kebencian. Jgn biarkan hati kematu membatu. Leburkan ego dan kemarahan, Terutama pada saat lebaran yang mulia.

Monday, September 27, 2010

'JATUH HATI' kerana akhlak baik

Posted by Shazwani at 27.9.10 0 comments
Islam adalah untuk semua. Nabi Muhammad S.A.W juga diutuskan sebagai rahmat untuk seluruh alam. Nabi Muhammad juga berdakwah untuk mengajak orang bukan islam untuk memeluk Islam.

Baginda pernah menyatakan kepada para sahabatnya bahawa harta tidak mampu menawan hati orang kafir untuk memeluk Islam, tetapi muka manis dan akhlak dapat menawan hati-hati mereka. Pendekatan yang perlu dimainkan oleh golongan pendakwah adalah dengan berkata dengan perkataan yang baik.

Hari ini umat Islam gagal menawan orang bukan islam dengan akhlak yang baik. Malah akhlak mereka adalah sama dan ada yang lebih teruk daripada mereka. Keindahan Islam itu sememangnya sudah terlihat pada isi kandungan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Dan keindahan itu akan membawa kepada kesejahteraan. Manakala, Islam sudahpun lengkap ketika Nabi Muhammad S.A.W berdakwah selama 23 tahun.

Akhlak adalah roh kepada akidah dan syariat. Maju itu adalah Islam dan bukan umat Islam. Umat Islam yang maju adalah umat yang berilmu dan mestilah melalui proses iqra'. Dalam Iqra' semua maklumat dikumpul dan digunakan untuk mengembangkan Islam di era moden ini.

Keterampilan sebagai pendakwah mestilah hebat. Biar orang melihat Islam itu hebat disebabkan penampilan yang meyakinkan. Janganlah menapilkan diri kita selekeh kerana boleh mencemarkan nama Islam itu sendiri..

Wednesday, August 18, 2010

KENDURI KAHWIN : MENCARI KEBERKATAN @ KEMEGAHAN

Posted by Shazwani at 18.8.10 0 comments
Hidup berpasangan adalah satu fitrah yang telah sedia tertanam dalam jiwa manusia seluruhnya. Justeru, Islam amat menggalakkan umatnya untuk berkahwin. Perkahwinan merupakan asas pembentukan sesebuah masyarakat yang harmoni. Dengan adanya ikatan perkahwinan, jiwa menjadi tenang dan tenteram, mendapat keturunan yang halal lagi sistematik, sekali gus ikatan perkahwinan juga dapat mengawal diri daripada berlakunya pelbagai bentuk penzinaan, homoseksual, pelacuran dan sebagainya. Setiap pasangan yang telah berkahwin pasti mengimpikan sebuah perkahwinan yang bahagia dan rumah tangga yang harmoni beralaskan kasih sayang, cinta mencintai dan kasih mengasihi antara suami dan isteri.

Thursday, July 29, 2010

Segalanya Bermula Disini

Posted by Shazwani at 29.7.10 0 comments

Assalamualaikum..

Jariku mula mengatur langkah membuka minda menyiarkan ilmu yang terpekung di dada. Atas arahan ustaz Faisal selaku pensyarah subjek Teknologi Maklumat Dakwah di FPI UKM, maka blog ini terhasil, namun masih belum ranum sepenuhnya. Kerana aku masih tercari-cari apakah isu-isu menarik yang ingin dikongsikan untuk kalian. Medium dakwah tidak hanya berasaskan kepada pengucapan semata. Teknologi tidaklah hanya perlu dipandang, bahkan pelajarilah. Tidak rugi kita mencuba dan menyelami teknologi yang telah sedia terhidang ini. Dari kamu melayari laman web yang tidak bermoral, molekla jika mata kamu membaca ilmu yang mendidik jiwa. Berkongsilah apa sahaja ilmu yang kamu rasakan amat berfaedah dan mampu memberi pengajaran untuk semua. Seandainya ada yang bermanfaat disini, amalkanlah di segenap kehidupanmu. Mudah-mudahan kamu diantara manusia yang diberikan petunjuk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Berkat-Kasih Mama Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez