Wednesday, December 4, 2013

Keistimewaan GLA SHAKLEE

Posted by Shazwani at 4.12.13 0 comments

Apa itu GLA?
GLA atau nama saintifiknya dikenali sebagai Gama Linoleik Acid (GLA). Ia merupakan bahan binaan bagi prostaglandin.

Apa pula prostaglandin? 
Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah

GLA (Gamma Linoleik Asid) adalah asid lemak omega-6 yang pertama kali diasingkan dari minyak benih Evening Primerose untuk dijadikan supplemen yang dinamakan Evening Primrose Oil (EPO.)
Namun tahukah anda, kandungan GLA dalam minyak benih borage (borage seed oil) adalah 2 kali ganda dari EPO.
Borage juga 3x lebih dari segi bioavailabiliti dan 3x lebih berkesan berbanding EPO.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA iaitu sumber terbaik Omega-6.Ianya digabungkan dengan minyak sunflawer dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.
__________________________________

10 Fungsi Utama GLA Complex Shaklee

1. HERBA TRADISI YANG DIPERCAYAI- Borage adalah herba kegemaran orang barat..Ianya merawat ulser, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.

2. MENGAWAL SELIA ESTROGEN & TESTOSTERON- GLA membentuk prostaglandinuntuk mengawal selia hormon LELAKI dan WANITA, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, MOOD SWING, retensi air dan sakit payudara.

3. MELAMBATKAN MENOPAUS- Memeperbaiki keadaan menopous spt HOT FLASHES, INSOMNIA, ketidakhadaman ,depresi.Pengambilan jangka panjang akan MELAMBATKAN PENUAAN, MENGETATKAN UTERUS, memberi tone kepada uterus untuk KULIT LEBIH MUDA.

4. PELANGSINGAN DAN MENGHALANG TAMBAH BERAT BADAN- Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai berat badan cantik.

5. MEMPERBAIKI TEKSTUR RAMBUT- Memperbaiki rambut kering dan rambut gugur.

6. MENENTANG KANSER- GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser

7. MEMPERBAIKI PROSTATOMEGALY- GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.

8. MEMPERBAIKI INFLAMASI KULIT- Ianya mengurangkan inflamasi kulit ,eczema, allergi, kagatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap.- Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yan terjadi dari RHEUMATISMA & ARTRITIS.

9. MENGHALANG KOMPLIKASI DIABETES- Merendahkan kadar kandungan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua.- Meringan kan kebas dan kesakitan di sebabkan oleh gula dalam darah yang tinggi.

10. MENGHALANG TEKANAN DARAH TINGGI- Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti ARTERIOSKLEROSIS dan MYOCARDIAL INFARCTION....

GLA Complex Shaklee  mengandungi bukan 1 tapi 3 sumber utama yang BEST sebab punya banyak kegunaan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki  iaitu...
  1. GLA (daripada Borage Oil) ~ yang sememangnya kaya dengan asid lemak omega 6 yang mana antara fungsinya adalah meningkatkan kesuburan dengan memperbaiki struktur sel pembiakan.
  2. Vitamin E yang asli
  3. Sunflower Seed Oil

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
___________________________________________

Puan Shazwani [Wanie]
Shaklee Independent Distributor
 [ID No : 956008]
017-3452535| ibnukhair12@yahoo.com

Ostematrix (Vitamin Kalsium Terbaik!!)

Posted by Shazwani at 4.12.13 1 comments

Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh. 

Lebih daripada Sekadar Kalsium OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Ramai menganggap pil suplemen semua sama. Begitu juga apabila bercakap tentang sumber kalsium. Ramai yang menganggap semua kalsium adalah sama.Jawapannya tidak. Kalsium, terutama pil kalsium adalah berbeza antara satu sama lain. Pil2 kalsium terdiri dari pelbagai jenis, antaranya calcium carbonate, calcium lactate, calcium citrate, calcium gluconate dan sebagainya.Itupun, pil kalsium sahaja tidak cukup kerana ia memerlukan Vitamin D untuk penyerapan.Apabila kalsium diambil bersama vitamin D, ya hasilnya tulang dan gigi yang kuat. Tapi tahukah anda itu tidak cukup?Kerana tulang yang kuat perlu 'melekat' antara satu sama lain. Oleh itu ia memerlukan mangan, boron, copper dan sebagainya sebagai simen."

Ostematrix! Bukan sekadar kalsium…
  • 1,000 mg (100% DV) kalsium unsur dari sumber alam semula jadi yang paling yang concentrated dan mudah diserap 
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan membantu menguatkan tulang 
  • 400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium 
  • Boron dalam jumlah yang disokong secara klinikal untuk membantu metabolisme tulang 
  • Vitamin K membantu mengikat mineral untuk membentuk tulang 
  • Mangan, copper, dan zink - co-factor yang mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang 

Kenapa anda perlu pilih Ostematrix Shaklee?

Nutrien pembinaan tulang yang lengkap
Terbukti secara klinikal
Mudah ditelan dan mudah diserap badan
VITAMIN SEMULAJADI!

Siapa yang perlu mengambil OsteMatrix Shaklee?

  • Mereka yang kurang mendapat zat2 membina tulang dari pemakanan harian.
  • Mereka yang mengambil berat tentang pembinaan tulang dan mengekalkan tulang yang sihat untuk jangka masa panjang
  • Mereka yang merokok, pengambilan alkohol yang tinggi, atau kerap minumminuman ringan - tabiat gaya hidup yang boleh mengehadkan atau mengganggupenyerapan kalsium
  • Wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas, remaja dan warga tua.
  • Ibu hamil dan menyusukan anak
  • Wanita yang mengalami gejala PMS
  • Mereka yang mengambil berat tentang tekanan darah yang normal
  • Sekiranya anda sukar menelan kalsium dalam bentuk lain

Manfaat Utama OSTEMATRIX 

MENGUATKAN TULANG - Kalsium menghalang osteoporosis,menguatkan kuku,gigi,sistem saraf.Ia juga merawat tulang retak,osteomalacia ( Rickets dewasa ) kuku rapuh,eczema,konvulsi / kekejangan,gusi berdarah & merangsang darah utk memekat. 

MEMPERBAIKI KEKEJANGAN & KEBAS2 - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas2,kekejangan,sakit sendi dan artritis.

MERINGANKAN STRESS - Ianya mengimbangi tekanan darah,memelihara denyutan jantung impuls saraf,penanang saraf,menggalakkan tidur selesa,memperbaiki jantung berdebar,gementar,mimpi buruk & stress.Ianya juga memperbaiki depresi,mood swing,sakit kepala & pitam. 

MEMPERBAIKI MASALAH HAID - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium & magnesium serentak meringankan sakit waktu haid & membantu melawasakan pembuangan air kecil.

 PENGALKALIAN TUBUH - Kalsium adalah mineral alkalin,& ianya berkesan memastikan imbangan PH tubuh.Ianya juga menghalang Obesiti diwaktu umur tua.Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien & merangsang detoksifikasi. 

MEMPERBAIKI HIPERAKTIVITI PERUT & SAKIT GASTRIK 

Vitamin D: Dinamakan sebagai vitamin D pada tahun 1916 bila didapati Ia mampu merawat penyakit rickets.Ia meningkatkan penyerapan kalsium & fosforus utk meninggikan ketumpatan tulang,menguatkan kerangka,memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian yg kurang terdedah pada matahari sewaktu musim panas,individu melebihi 55tahun,wanita hamil,& kanak2 perlu mengambil supplement Vitamin D. Magnesium : Ini adalah ion positif no.2,penting didalam tubuh kita.Ianya menggalakkan komposis tulang & rawan.Membantu sistem saraf,mengaktifkan enzim tubuh utk menghasilkan tenaga,pengecutan saraf & otot,menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung.Memudahkan rembesan keluar sisa dari perut & usus. Menghalang mendapan kalsium,melarut & mengurangkan formasi batu karang @ batu hempedu.ianya juga penting utk mereka yg mempunyai masalah fluktuasi glukos. Zinc,Boron,Manganes,kuprum : Memelihara metabolism kerangka & pertumbuhan otot, menyusun enzim yg diperlukan utk membaiki tulang rawan & menghalang artritis. 

Antara Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium:

Otot & Saraf
-Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki.
-Kejang otot
-Wheezing(pernafasan berdehit)
-Susah menelan
-Suara berubah akibat laryngospasm

Saraf
- Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
-Letih
-Sawan
- Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal

Jantung
- Sesak nafas
- Tanda-tanda lemah jantung...cepat penat

Kulit
- Rambut kasar
- kuku rapuh
- Psoriasis (sakit kulit)
- Kulit kering

Lagi Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium:
-Kekejangan atau kram otot
-sukar/susah nak tidur
-Perasaan berdebar2
-Eczema-penyakit kulit
-Rapuh kuku
-Sakit Sendi
-Tekanan darah tinggi
-Gigi reput
-Paras Kolestrol timggi
-Kebas-kebas kaki dan tangan
-Rheumatiod arthritis

Mengikut kajian pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan magnesium. Penyerapan kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran magnesium. Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium. Pengambilan kalsium dan magnesium yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit batu karang.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
___________________________________________

Puan Shazwani [Wanie]
Shaklee Independent Distributor 
[ID No : 956008]
017-3452535| ibnukhair12@yahoo.com

Thursday, September 5, 2013

Kelahiran Sulung Yang Dinanti

Posted by Shazwani at 5.9.13 0 comments
lama menyepi dari meng updated blog. Rutin harian yang sangat padat membuatkan saya tidak sempat untuk membuka laptop tambahan pula line internet yang tidak memberangsangkan. Sudah berkahwin, tinggal dikawasan yang boleh dikatakan desa. Tapi sangat mendamaikan. Jauh dari hiruk pikuk kesibukkan kota. Citarasa saya dan suami mahukan yang tenang dan mendamaikan. Sepanjang saya preggy tidak sempat untuk menceritakan hal ehwalnya.

Syukur, diatas nikmat yang telah Allah kurniakan pada kami. Tanggal 24 Ogos 2012 jam 11.40 a.m lahirnya putera sulung kesayangan kami. Suami memilih nama Muhammad Athif As-Suhaime Bin Mohd Nazran. Segalanya dipermudahkan dan sekarang kami telah mendapat satu amanah dan tanggungjawab yang baru. Allah bantulah kami dalam mendidik anak-anak kami dan tingkatkanlah rasa sabar dalam hati kami agar kami tidak lalai dalam memikul tanggungjawab ini. Amin.

Athif sejurus selepas dilahirkan seberat 2.25 kg..di Hospital Sg. Buloh
(Nampak serupa abahnya..hehehe)

Athif dah membulat... luv u dear.

Monday, January 30, 2012

Upt Positive...Alhamdulillah

Posted by Shazwani at 30.1.12 0 comments
Alhamdulillah..kupanjatkan rasa kesyukuran pada Allah, sebab aku bakal menjadi ibu@mama@ummi@emak  pada zuriat yang bakal tiba nanti.. insyAllah. Tanggal 6/1/12 , aku da exited nak cek kehamilan guna upt. Suami la paling tak sabar suruh beli bende alah tu. Kalau nak diikutkan memang da lewat 2 hari. Upt tu beli kat 7eleven dengan harga RM 17.90 (paling mahal rupanya, main beli jer, igtkan tu yang paling murah..hehehe). Petang tu beli, petang tu jugak cek, igtkan nak tunggu esok pagi je baru nak cek, sebab orang kata kalau nak cek kehamilan kena awal pagi, waktu baru bangun dari tidur. Sebab resultnya adalah tepat.Tetapi, suami dah tak sabar nak tunggu esok. Ape lagi, ternyata jelas kelihatan double line tu (positive) ...seronoknya rasa tidak terkata. 18/1/11 pergi jumpe doktor kat private, wat test upt sekali lagi, untuk membuat pengesahan kali kedua, ternyata positif juga..Syukur padaMu Allah Yang Maha Pemberi Rezeki. Inilah yang dikatakan zuriat yang bakal lahir mampu menyerikan lagi keharmonian rumah tangga. Aku berharap agar bayi dalam kandungan ku ini sihat jasmani, rohani serta dapat melahirkannya dengan selamat dan dapat membesar dengan sempurna.

Now, dah 8 minggu usia kandunganku..walaupun masih baru, aku kini tetap telah berbadan dua..Thanks Allah. ikuti kisah Perjalanan hidup bayiku...

Friday, December 30, 2011

Selangkahku ke Alam Perkahwinan

Posted by Shazwani at 30.12.11 0 comments
Tanggal 13 September 2011, aku selamat diijab kabulkan dengan pasanganku (Mohd Nazran)..Syukur Ya Allah, atas rahmat dan nikmat perkahwinan ini. Hanya dengan sekali lafaz, aku sudah bergelar isteri orang. Pernikahan adalah impian setiap umat Nabi Muhammad. Cuma cepat atau lambat je jodoh tu nak sampai. Aku sendiri tidak pernah menduga untuk bernikah seawal ini, mungkin takdir telah tertulis untukku, habis dari belajar aku kahwin. Kalau memang sudah yakin dengan pilihan hati, apa lagi nak ditunggu kan??..
Seminggu selepas graduation, pada 2/10/2011 Majlis walimahku berlangsung di kediamanku di Taman Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, Selangor. Terima kasih pada tetamu yang hadir, dan tidak lupa pada mereka yang banyak mengerah kudrat sepangjang majlis ini berlangsung. Tanpa kalian pasti majlisku tidak dapat berjalan dengan lancarnya. Semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan sehingga nafas terakhirku..

My favorite colour..hehe..eh, abg terpejam mate pulak ;)

Bersama adik-beradik emak (merangkap makcik-makcik ku). Dan opahku yang maintain jerr ;)
Keluarga sebelah suami yang sentiasa riang dan ceria....
 
 Pakcik-pakcik kesayanganku bersama anak-anak mereka yang sempoiiii sentiasa..

Antara Classmateku yang sudi hadir..thanks kamu semua..
Sahabat sejatiku dunia dan akhirat....sayang kamu sgt2..

Graduation Day..25 September 2011

Alhamdulillah...setelah 3 tahun menimba ilmu di Bumi UKM, Bangi, akhirnya aku berjaya menamatkan alam pembelajaranku. Syukur pada Allah atas nikmat kejayaan yang telah ku perolehi. Akhirnya aku mampu menggenggam segulung ijazah, biarpun aku tidak pernah terfikir untuk belajar sampai ke tahap ini. Terima kasih yg tidak terhingga ku ucapkan kepada tenaga pengajar yang tidak pernah jemu menabur bakti mereka untuk Mahasiswa-mahasiswa umumnya untuk pensyarah-pensyarah di ukm, dan khususnya untuk ustaz dan ustazah di JPDK Fakulti Pengajian Islam, UKM kampus Bangi. Doaku pada kalian agar hidupmu mendapat ganjaran dan rahmat dari Allah S.W.T.

Terima kasih kawan2ku kerana turut hadir..kenang daku dalam doamu.. ;)

Miera, Jannah yang sangat ceria...miss u olllzz..
Camerawomanku...hehehe..tq syida ;)

opppsss..time ni saya sudah diPUAN kan...hehehe

Sunday, March 6, 2011

saya tak nak "hot" di dunia sebab takut "hot" diakhirat

Posted by Shazwani at 6.3.11 0 comments
artikel ni penah saya baca di fb..dan hari ini saya ingin kongsikan pada semua wanita@gadis2 yang melawati blog ini..

"Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.

Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.

Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya.

Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi.."

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Berkat-Kasih Mama Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez