Monday, October 18, 2010

MAHER ZAIN: Berdakwah Melalui Muzik Kontemporari

Posted by Shazwani at 18.10.10 2 comments
Baru-baru ini diadakan konsert Maher Zain di Auditorium MBSA.. ermm, saya tidak dapat menghadirinya kerana tiada transport, lagipun sibuk menyiapkan tesis ku dan asignment yang masih tergendala..apapun saya amat meminati artis ini, lagu-lagunya yang sedap menjadi halwa telinga, tahniah diucapkan pada MAHER ZAIN..menyampaikan dakwah islam melalui lagu2nya yang indah-indah melalui Muzik Kontemporari..

Pemuda yang berumur 28 tahun ini merupakan penyanyi berbangsa Swedish dan dan produser muzik Lebanon. Album pertamanya "Thank U Allah" mengandungi 13 judul lagu dan dua lagu bonus telah berada di pasaran pada 1 november 2009. Penglibatan Maher dalam bidang muzik datang dari bapanya sendiri, iaitu seorang penyanyi tempatan di bandar Mediterranean, Tripoli, Lubnan. Kemudian keluarganya berpindah ke Sweden ketika beliau berumur 8 thn dan meneruskan persekolahannya hingga ke peringkat universiti dalam Bidang Kejuruteraan Aeronautik.

Saturday, October 16, 2010

TELADAN CINTA KITA..

Posted by Shazwani at 16.10.10 0 comments

CINTA.......
semua orang berkata tentangnya
diriku pernah merasai cinta
disayangi, dirindui, disakiti, dicemburui
itulah cinta yang pernah berlaku antara aku dan dia
biarpun sudah menjadi sejarah
dan akan ku hapus sejarah itu agar jauh dari fikirku
kerana apabila cintakan manusia melebihi cinta Allah
hati tidak akan tenang
Malah akan merosakkan hati dan jiwa

Kini..
aku lebih bahagia, dan hidup ini ku rasakan lebih bererti
apabila cinta ini kuhambarkan pada yang hak
sungguh ku mahukan cinta luhur yang sejati dari seorang lelaki yang ku anggap SUAMI

Friday, October 15, 2010

Baju Kurung: Coretan Dari Hati

Posted by Shazwani at 15.10.10 0 comments
Baju kurung adalah sebahagian dari kehidupanku,
Setiap hari ku memakainya, 
Menghadiri kelas, ke majlis, bekerja atau apa sahaja bentuk perayaan,
Mungkin ramai yang seperti ku,
Memakainya demi untuk menutup tubuh dan menggapai redha Allah..mudah-mudahan

Baju kurungku........
Kau datang pada usia ibu menyuruhku memakaimu
Rungutanku berjela-jela
Fesyen remaja menghantuiku
Berlabel Busana ala-Muslimah

Baju Kurungku..........
Kelembutanmu
Mengusir gelisahku
Yang mula mengenal malu
Dan memahami keunikanmu
Peninggalan bangsaku
Bertakhta dalam sanubariku

Baju Kurungku.........
Kau tenangkan saat sibukku
Kau sejukkan saat panasku
Kau lembutkan kekerasanku
Kau sembunyikan keburukanku
Kau tawadukkan keangkuhanku
Kau tundukkan nafsuku

Sahabat sejatiku
Pentarbiyahku
Kau pelindung maruahku
Sayangnya
Tak ramai yang menggemarimu
apatah lagi memilikimu

Baju Kurungku........
Ku sedari kemuliannmu
Benteng api neraka-Mu
Kunci sebuah ibadah
Dalam menuju keredhaan-Mu

Thursday, October 14, 2010

Lazatkah MAKSIAT?

Posted by Shazwani at 14.10.10 0 comments
Kehidupan kita seharian tidak akan lari daripada dua perkara, sama ada berada dalam keadaan maksiat atau taat. Rasulullah pernah menyebut tentang “halawah al-Iman” (kemanisan iman), dan dari situ kita dapat memahami iman itu manis. Melakukan perkara-perkara yang mendekatkan diri dengan Allah itu manis. Membaca al-Quran, solat berjemaah, menghadiri majlis ilmu, qiamullail dan sebagainya semuanya manis. 

Namun, kenapa susah benar untuk kita merasai kemanisan itu? Adakah hati kita sudah diselaputi titik hitam yang tak mampu dihilangkan oleh sebarang bentuk peluntur ataupun Clorox yang dapat menghilangkan kekotoran. Bagaimana kita perlu membersihkan hati dan sanubari dari terus ingin melakukan maksiat? Adakah kita diperhambakan oleh syaitan dan iblis yang hanya mahu mengikut kehendak nafsu yang tidak pernah ada batasannya.

Wednesday, October 13, 2010

Jangan Abaikan 'ROHANI'

Posted by Shazwani at 13.10.10 0 comments

Roh..semua makhluk bermula dari alam roh. Kita tidak tahu rupa sebenar roh. Kemudian roh dimasukkan kedalam jasad dan jasad hanya sebagai alat sementara bagi roh. Kebanyakkan manusia lupa yang selama ini kita hanya turut pada keinginan jasad seperti makan minum, kenikmatan melebihi keinginan roh, manusia sanggup melakukan apa sahaja demi jasad. Sanggup menghiasi jasad dengan macam2 perhiasan yang tidak dipandang oleh Allah, sanggup mengubah apa yang sudah diberi oleh Allah, dan demi memenuhi kehendak jasad kita sanggup mengejar kebendaan untuk kenikmatan yang sementara. 

Kita mengejar memilih rumah yang indah, memakai kenderaan yang besar dan mewah, makan makanan yang sedap dan lazat, hiburan yang melampau. Kita lupa semua yang kita kejar ini hanya kepalsuan semata dan bukan kekal. Kita diperbodohkan oleh iblis untuk mengejar dunia dengan melakukan apa sahaja demi memenuhi keinginan jasad, sedangkan jasad itu hanya sementara. Iblis memperbodohkan manusia supaya melihat kenikmatan yang ada di depan mata atau dunia dan mengganggap akhirat itu jauh dan tidak perlu dikejar dengan memenuhi keinginan jasad dan abaikan keinginan roh. 

Wednesday, September 29, 2010

Cepat-cepat Minta Maaf

Posted by Shazwani at 29.9.10 0 comments

Syawal datang diiringi laungan takbir syahdu. Kemeriahan aidilfitri menutup tabir Ramadan yang berlabuh. Kesyukuran sang hamba atas kurniaan nikmat Iman dan Islam dan sempurnanya ketaatan sebulan berpuasa, menggamit rindu akan syurga Ilahi.
Kegembiraan, kemeriahan, keindahan, kesyahduan, kesyukuran dan pelbagai lagi rasa hati dan perasaan, letaknya dihati kita. Pelbagai kalimat ini, memerlukan hati yang lapang untuk menampungnya. Jika sempit hati, bagaimana mampu menampung segala perasaan tersebut?
Antara perasaan yang memberatkan hati dan menyempitkan jiwa ialah kemarahan. Api kemarahan, apabila marak akan membakar segala ruang yang diperlukan dalam dada seseorang. Pepatah melayu ada mengatakan: " Terbakar kampung nampak asap, Terbakar hati, tak siapa yang tahu." Memberi kemaafan ada kalanya lebih berat daripada memikul batu dibahu. Lebih-lebih lagi jika hati telah keras membatu, bersalut dengan dendam dan kebencian. Jgn biarkan hati kematu membatu. Leburkan ego dan kemarahan, Terutama pada saat lebaran yang mulia.

Monday, September 27, 2010

'JATUH HATI' kerana akhlak baik

Posted by Shazwani at 27.9.10 0 comments
Islam adalah untuk semua. Nabi Muhammad S.A.W juga diutuskan sebagai rahmat untuk seluruh alam. Nabi Muhammad juga berdakwah untuk mengajak orang bukan islam untuk memeluk Islam.

Baginda pernah menyatakan kepada para sahabatnya bahawa harta tidak mampu menawan hati orang kafir untuk memeluk Islam, tetapi muka manis dan akhlak dapat menawan hati-hati mereka. Pendekatan yang perlu dimainkan oleh golongan pendakwah adalah dengan berkata dengan perkataan yang baik.

Hari ini umat Islam gagal menawan orang bukan islam dengan akhlak yang baik. Malah akhlak mereka adalah sama dan ada yang lebih teruk daripada mereka. Keindahan Islam itu sememangnya sudah terlihat pada isi kandungan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Dan keindahan itu akan membawa kepada kesejahteraan. Manakala, Islam sudahpun lengkap ketika Nabi Muhammad S.A.W berdakwah selama 23 tahun.

Akhlak adalah roh kepada akidah dan syariat. Maju itu adalah Islam dan bukan umat Islam. Umat Islam yang maju adalah umat yang berilmu dan mestilah melalui proses iqra'. Dalam Iqra' semua maklumat dikumpul dan digunakan untuk mengembangkan Islam di era moden ini.

Keterampilan sebagai pendakwah mestilah hebat. Biar orang melihat Islam itu hebat disebabkan penampilan yang meyakinkan. Janganlah menapilkan diri kita selekeh kerana boleh mencemarkan nama Islam itu sendiri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Berkat-Kasih Mama Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez