Friday, December 30, 2011

Selangkahku ke Alam Perkahwinan

Posted by Shazwani at 30.12.11 0 comments
Tanggal 13 September 2011, aku selamat diijab kabulkan dengan pasanganku (Mohd Nazran)..Syukur Ya Allah, atas rahmat dan nikmat perkahwinan ini. Hanya dengan sekali lafaz, aku sudah bergelar isteri orang. Pernikahan adalah impian setiap umat Nabi Muhammad. Cuma cepat atau lambat je jodoh tu nak sampai. Aku sendiri tidak pernah menduga untuk bernikah seawal ini, mungkin takdir telah tertulis untukku, habis dari belajar aku kahwin. Kalau memang sudah yakin dengan pilihan hati, apa lagi nak ditunggu kan??..
Seminggu selepas graduation, pada 2/10/2011 Majlis walimahku berlangsung di kediamanku di Taman Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, Selangor. Terima kasih pada tetamu yang hadir, dan tidak lupa pada mereka yang banyak mengerah kudrat sepangjang majlis ini berlangsung. Tanpa kalian pasti majlisku tidak dapat berjalan dengan lancarnya. Semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan sehingga nafas terakhirku..

My favorite colour..hehe..eh, abg terpejam mate pulak ;)

Bersama adik-beradik emak (merangkap makcik-makcik ku). Dan opahku yang maintain jerr ;)
Keluarga sebelah suami yang sentiasa riang dan ceria....
 
 Pakcik-pakcik kesayanganku bersama anak-anak mereka yang sempoiiii sentiasa..

Antara Classmateku yang sudi hadir..thanks kamu semua..
Sahabat sejatiku dunia dan akhirat....sayang kamu sgt2..

Graduation Day..25 September 2011

Alhamdulillah...setelah 3 tahun menimba ilmu di Bumi UKM, Bangi, akhirnya aku berjaya menamatkan alam pembelajaranku. Syukur pada Allah atas nikmat kejayaan yang telah ku perolehi. Akhirnya aku mampu menggenggam segulung ijazah, biarpun aku tidak pernah terfikir untuk belajar sampai ke tahap ini. Terima kasih yg tidak terhingga ku ucapkan kepada tenaga pengajar yang tidak pernah jemu menabur bakti mereka untuk Mahasiswa-mahasiswa umumnya untuk pensyarah-pensyarah di ukm, dan khususnya untuk ustaz dan ustazah di JPDK Fakulti Pengajian Islam, UKM kampus Bangi. Doaku pada kalian agar hidupmu mendapat ganjaran dan rahmat dari Allah S.W.T.

Terima kasih kawan2ku kerana turut hadir..kenang daku dalam doamu.. ;)

Miera, Jannah yang sangat ceria...miss u olllzz..
Camerawomanku...hehehe..tq syida ;)

opppsss..time ni saya sudah diPUAN kan...hehehe

Sunday, March 6, 2011

saya tak nak "hot" di dunia sebab takut "hot" diakhirat

Posted by Shazwani at 6.3.11 0 comments
artikel ni penah saya baca di fb..dan hari ini saya ingin kongsikan pada semua wanita@gadis2 yang melawati blog ini..

"Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.

Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.

Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya.

Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi.."

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.

Saturday, February 19, 2011

Panduan mendidik hati, jauhi perasaan DENGKI & KHIANAT

Posted by Shazwani at 19.2.11 0 comments

entry ini dijadikan tatapan semua kerana, saya merasakan ada orang yang dengki dengan saya...hmmm..siapakah itu??? biasalah hidup sebagai student, pastinya terdapat student lain yg x begitu senang dengan kehidupan org lain..saya x bermaksud nk mengata sesiapa, tetapi inilah biasa terjadi dalam hidup bermasyarakat..andai anda pernah dengki dengan sesiapa, ketahuilah..xde faedah yg dapat pun..bahkan akan menambah rasa sakit hati..jiwa dikuasai dengan hasutan syaitan..dan akhirnya syaitan bertepuk tgn dengan gembira, apabila ada diantara hati2 manusia xdpt nk mengawal perasaan dengki itu..

SUDAH menjadi lumrah, ada sesetengah manusia yang berasa kurang senang apabila melihat kelebihan nikmat dikurniakan Allah kepada orang lain. Untuk menghapuskan perasaan negatif itu, kita seharusnya mengikuti panduan digariskan Nabi SAW.

Diceritakan kepada sahabatnya, Abu Zarr Al-Ghifari, katanya Nabi SAW pernah suatu hari berpesan kepadanya: “Lihatlah kepada orang yang berada di bawah mu dan jangan melihat orang yang berada di atas mu kerana yang demikian lebih patut supaya kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang diberikan kepadamu.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)

Ini satu panduan terbaik buat kita menelusuri kehidupan di dunia dengan tidak menyimpan perasaan hasad dengki dan iri hati terhadap orang lain. Memang benar, ada manusia diberikan nikmat kurniaan dalam bentuk limpahan kekayaan kebendaan ataupun anak yang ramai.
Dalam hal pemilikan harta kekayaan dunia, seharusnya kita meneliti bagaimana orang itu mendapat hasilnya. Mungkin kerana kecekapan dan kegigihan usaha penuh dedikasi sehingga memperoleh nikmat Allah itu. Kita fikir dan renunglah sebagai iktibar supaya turut sama berusaha gigih.

Kita dilarang keras melakukan sebarang pengkhianatan ataupun perbuatan sabotaj terhadap usaha dan perolehan mereka.

Cubalah kita membawa mata hati berfikir dan melihat kepayahan hidup orang lain yang lebih rendah daripada kita. Sudah tentu pada ketika itu kita berasa sangat bersyukur kerana berada dalam keadaan lebih baik.

Ini sebenarnya inti pati hadis Nabi SAW yang mengajak seluruh umatnya bersyukur atas segala nikmat dimiliki dan tidak melihat kepada golongan yang sudah kaya dan mewah hidupnya sehingga terkocak dalam hati rasa dengki.
Rasulullah SAW meminta kita sentiasa bersikap syukur atas nikmat diberikan Allah dan bersifat qanaah, iaitu berasa cukup kurniaan Allah.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya sangat beruntunglah orang yang memeluk Islam, diberikan rezeki yang cukup, dan Allah menjadikannya berasa puas terhadap apa yang Dia berikan kepadanya.” (Hadis riwayat Muslim, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Namun, dalam aspek ibadah, kita harus melihat kepada orang yang lebih baik daripada kita. Jika ada kalangan sahabat atau ahli masyarakat yang hebat amal ibadat wajib mahupun sunat, perlu dijadikan ikutan supaya kita juga tergolong dalam kategori mukmin salih dan kuat beribadah.

Ingat pesanan Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain. Kerana bagi orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi wanita pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan.” (Surah An-Nisa’, ayat 32)

Selain itu, perbuatan berdengki dengan nikmat dimiliki orang lain akan membawa kepada kemurkaan Allah dan menyebabkan si pelaku hilang pahala segala amalnya. Oleh itu, kita sewajarnya mendidik hati supaya bersih daripada tompokan rasa dengki.

ade 1 cerita yg blh dijadikan inspirasi :  Ada seorang lelaki biasa. Rasulullah menunjuknya sebanyak 3x dgn berkata-dialah ahli syurga... orang lain hairan dan terus selidik lelaki itu apa yg dibuatnya hingga Rasulullah berkata begitu. Lelaki itu jawab-tiada apa2 pada diriku. Aku cuma TIDAK PERNAH BERDENGKI DENGAN SESIAPA....

renung2kan kalian...........

Friday, February 11, 2011

Famili Business.....CUP CAKES

Posted by Shazwani at 11.2.11 0 comments
adik saya la yg mula2 try wat cupcakes ni
tak pegi blaja kat mane2 pun..
sumenye cari resepi kat internet pas2 try wat sendiri kat umh..
sy mmg sgt berminat wat kek, roti dan seumpama dgnnya
tp disebabkan ngah blaja, minat tu terhenti seketika
tapi, bila dah ada antara family yg turut meminati pembuatan kek-kek ni
rase hepylah, leh bantu ape2 yg patut..hehehe
mula2 wat, alhamdulillah..jadi
cukup rase, sifat..bak kate org oklah..
lps2 mmg org kate perfectlah..(org yg kate)
my mom bwklah cupcakes ke office,
wat bekal la konon2nye,,ade akak kt office tmpt keje mak 2 berminat dan dia nak order
agak terkezutla
yela, mula2 niat nk mkn2 sendiri je
tp ade pulak yg nk mntk tempahan..sgt terkejut..
150 bji CupCakes!!!..pada org2 yg baru mcm ni, kuantiti tu mmg terasa sgt byk..
tp berkat kesungguhan dan minat, buat je.

~~~~perisa coklat dan vanila~~~~

sebelum di letak icing

kreativiti yg dibuat suka2..main2 je
(almaklumlah...xde kepakaran lagi...)

nyumm2......
p/s:klu nak belaja sesuatu kene ade kesungguhan dan minat..klu x rajin @ xde duit nak g kursus2 wat kek ni blaja sendiri je...insyaAllah pasti boleh..teruskan usaha..

lps nie dpt tempahan utk 1000pcs, xtaula nak ambil ke tak..byk tu...hehehe..semoga permudahkan..

Wednesday, February 9, 2011

Bicara CINTA...

Posted by Shazwani at 9.2.11 0 comments
Aku ingin…
menjadi makmum kepada seorang imam…

Aku ingin…
menjadi sayap kiri kepada seorang khalifah…
Aku ingin…
menjadi pendengar kepada seorang dai'e...

Aku ingin…
menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid...

Aku ingin…
menjadi tulang belakang kepada seorang insan...

Aku ingin…
memberi cintaku kepada insan yang mencintai diriMu lebih dari segalanya...

Aku tidak perlu apa-apa darimu...
memadailah dengan hanya secangkir cinta buat penghilang dahaga...

Aku tidak perlu apa-apa darimu…
memadailah seutas ikatan kasih buat pengikat kita berdua... Aku tidak perlu apa-apa darimu…
memadailah sekuntum sayang buat azimat perangsang diri... Aku tidak perlu apa-apa darimu…
memadailah secebis setia buat pengukuh kasih mesra kita... Aku tidak perlu apa-apa darimu…
memadailah seulas seyumanmu buat bekal pengubat rindu...

Aku tidak perlu apa-apa darimu…
memadailah sehelai gebar hangat darimu buat penyejuk malamku...

Selebih dari itu...
Tidak ku pinta apa-apa lagi darimu... 

sumber: kecinta

~~~~~rasa syg ini kini makin menebal...apakah itu..????

Friday, January 28, 2011

i-city = melawat utk kesekian kalinya

Posted by Shazwani at 28.1.11 0 comments
24hb tempoh hari..adelah sorg kwn tu dgt berhajat nak ke i-city
my coursemate jugak..
dari sem lps dok mengajak g i-city, dia kate "aku nak tgk sgtla tmpt  i-city tu, sume fb org ade brgambar kt c2..jomlah pegi.."
keciannyelah ngn kwn sy sorg nih..
dia nie dari batu pahat, Johor, 2 yg beriya nk ke situ..
klu org2 yg duk area klg valley ni x g lagi i-city, mcm pelik je..(org katelah),,
pada sy yg menariknye dpt tgk lampu2 yg berwarna warni..2 je..
dan pada mereka yg gemor bergmbr, mmg c2la tmpt nk pose..tp bwk kamera yg sesuai la
tapi siyes la..skg nk masuk dah kene byr, dlu first time dtg free je..tp skg.ade wang br leh masuk

Tuesday, January 18, 2011

Andai seorang lelaki itu datang

Posted by Shazwani at 18.1.11 0 comments
Andai seorang lelaki datang kepadamu ketika kau perlukan teman...
Andai seorang lelaki datang kepadamu dengan ciri-ciri lelaki idaman...
Andai seorang lelaki datang menegur dan membuatmu terhibur...
Andai seorang lelaki datang menanyakan pendapatmu tentang dirinya...
Andai seorang lelaki datang menanyakan tentang ketampanan wajah dan keromantikan dirinya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang memintamu membetulkan kolar baju dan rambutnya...
Andai seorang lelaki datang kepadamu sambil merapatkan badannya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang tanpa segan silu padamu walau dirimu sudah pemalu, sopan dan ayu...
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu...

Pesanan untuk Perempuan CANTIK

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum.
Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.
Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.
Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Berkat-Kasih Mama Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez