Saturday, February 19, 2011

Panduan mendidik hati, jauhi perasaan DENGKI & KHIANAT

Posted by Shazwani at 19.2.11 0 comments

entry ini dijadikan tatapan semua kerana, saya merasakan ada orang yang dengki dengan saya...hmmm..siapakah itu??? biasalah hidup sebagai student, pastinya terdapat student lain yg x begitu senang dengan kehidupan org lain..saya x bermaksud nk mengata sesiapa, tetapi inilah biasa terjadi dalam hidup bermasyarakat..andai anda pernah dengki dengan sesiapa, ketahuilah..xde faedah yg dapat pun..bahkan akan menambah rasa sakit hati..jiwa dikuasai dengan hasutan syaitan..dan akhirnya syaitan bertepuk tgn dengan gembira, apabila ada diantara hati2 manusia xdpt nk mengawal perasaan dengki itu..

SUDAH menjadi lumrah, ada sesetengah manusia yang berasa kurang senang apabila melihat kelebihan nikmat dikurniakan Allah kepada orang lain. Untuk menghapuskan perasaan negatif itu, kita seharusnya mengikuti panduan digariskan Nabi SAW.

Diceritakan kepada sahabatnya, Abu Zarr Al-Ghifari, katanya Nabi SAW pernah suatu hari berpesan kepadanya: “Lihatlah kepada orang yang berada di bawah mu dan jangan melihat orang yang berada di atas mu kerana yang demikian lebih patut supaya kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang diberikan kepadamu.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)

Ini satu panduan terbaik buat kita menelusuri kehidupan di dunia dengan tidak menyimpan perasaan hasad dengki dan iri hati terhadap orang lain. Memang benar, ada manusia diberikan nikmat kurniaan dalam bentuk limpahan kekayaan kebendaan ataupun anak yang ramai.
Dalam hal pemilikan harta kekayaan dunia, seharusnya kita meneliti bagaimana orang itu mendapat hasilnya. Mungkin kerana kecekapan dan kegigihan usaha penuh dedikasi sehingga memperoleh nikmat Allah itu. Kita fikir dan renunglah sebagai iktibar supaya turut sama berusaha gigih.

Kita dilarang keras melakukan sebarang pengkhianatan ataupun perbuatan sabotaj terhadap usaha dan perolehan mereka.

Cubalah kita membawa mata hati berfikir dan melihat kepayahan hidup orang lain yang lebih rendah daripada kita. Sudah tentu pada ketika itu kita berasa sangat bersyukur kerana berada dalam keadaan lebih baik.

Ini sebenarnya inti pati hadis Nabi SAW yang mengajak seluruh umatnya bersyukur atas segala nikmat dimiliki dan tidak melihat kepada golongan yang sudah kaya dan mewah hidupnya sehingga terkocak dalam hati rasa dengki.
Rasulullah SAW meminta kita sentiasa bersikap syukur atas nikmat diberikan Allah dan bersifat qanaah, iaitu berasa cukup kurniaan Allah.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya sangat beruntunglah orang yang memeluk Islam, diberikan rezeki yang cukup, dan Allah menjadikannya berasa puas terhadap apa yang Dia berikan kepadanya.” (Hadis riwayat Muslim, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Namun, dalam aspek ibadah, kita harus melihat kepada orang yang lebih baik daripada kita. Jika ada kalangan sahabat atau ahli masyarakat yang hebat amal ibadat wajib mahupun sunat, perlu dijadikan ikutan supaya kita juga tergolong dalam kategori mukmin salih dan kuat beribadah.

Ingat pesanan Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain. Kerana bagi orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi wanita pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan.” (Surah An-Nisa’, ayat 32)

Selain itu, perbuatan berdengki dengan nikmat dimiliki orang lain akan membawa kepada kemurkaan Allah dan menyebabkan si pelaku hilang pahala segala amalnya. Oleh itu, kita sewajarnya mendidik hati supaya bersih daripada tompokan rasa dengki.

ade 1 cerita yg blh dijadikan inspirasi :  Ada seorang lelaki biasa. Rasulullah menunjuknya sebanyak 3x dgn berkata-dialah ahli syurga... orang lain hairan dan terus selidik lelaki itu apa yg dibuatnya hingga Rasulullah berkata begitu. Lelaki itu jawab-tiada apa2 pada diriku. Aku cuma TIDAK PERNAH BERDENGKI DENGAN SESIAPA....

renung2kan kalian...........

Friday, February 11, 2011

Famili Business.....CUP CAKES

Posted by Shazwani at 11.2.11 0 comments
adik saya la yg mula2 try wat cupcakes ni
tak pegi blaja kat mane2 pun..
sumenye cari resepi kat internet pas2 try wat sendiri kat umh..
sy mmg sgt berminat wat kek, roti dan seumpama dgnnya
tp disebabkan ngah blaja, minat tu terhenti seketika
tapi, bila dah ada antara family yg turut meminati pembuatan kek-kek ni
rase hepylah, leh bantu ape2 yg patut..hehehe
mula2 wat, alhamdulillah..jadi
cukup rase, sifat..bak kate org oklah..
lps2 mmg org kate perfectlah..(org yg kate)
my mom bwklah cupcakes ke office,
wat bekal la konon2nye,,ade akak kt office tmpt keje mak 2 berminat dan dia nak order
agak terkezutla
yela, mula2 niat nk mkn2 sendiri je
tp ade pulak yg nk mntk tempahan..sgt terkejut..
150 bji CupCakes!!!..pada org2 yg baru mcm ni, kuantiti tu mmg terasa sgt byk..
tp berkat kesungguhan dan minat, buat je.

~~~~perisa coklat dan vanila~~~~

sebelum di letak icing

kreativiti yg dibuat suka2..main2 je
(almaklumlah...xde kepakaran lagi...)

nyumm2......
p/s:klu nak belaja sesuatu kene ade kesungguhan dan minat..klu x rajin @ xde duit nak g kursus2 wat kek ni blaja sendiri je...insyaAllah pasti boleh..teruskan usaha..

lps nie dpt tempahan utk 1000pcs, xtaula nak ambil ke tak..byk tu...hehehe..semoga permudahkan..

Wednesday, February 9, 2011

Bicara CINTA...

Posted by Shazwani at 9.2.11 0 comments
Aku ingin…
menjadi makmum kepada seorang imam…

Aku ingin…
menjadi sayap kiri kepada seorang khalifah…
Aku ingin…
menjadi pendengar kepada seorang dai'e...

Aku ingin…
menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid...

Aku ingin…
menjadi tulang belakang kepada seorang insan...

Aku ingin…
memberi cintaku kepada insan yang mencintai diriMu lebih dari segalanya...

Aku tidak perlu apa-apa darimu...
memadailah dengan hanya secangkir cinta buat penghilang dahaga...

Aku tidak perlu apa-apa darimu…
memadailah seutas ikatan kasih buat pengikat kita berdua... Aku tidak perlu apa-apa darimu…
memadailah sekuntum sayang buat azimat perangsang diri... Aku tidak perlu apa-apa darimu…
memadailah secebis setia buat pengukuh kasih mesra kita... Aku tidak perlu apa-apa darimu…
memadailah seulas seyumanmu buat bekal pengubat rindu...

Aku tidak perlu apa-apa darimu…
memadailah sehelai gebar hangat darimu buat penyejuk malamku...

Selebih dari itu...
Tidak ku pinta apa-apa lagi darimu... 

sumber: kecinta

~~~~~rasa syg ini kini makin menebal...apakah itu..????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Berkat-Kasih Mama Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez