Thursday, October 14, 2010

Lazatkah MAKSIAT?

Posted by Shazwani at 14.10.10
Kehidupan kita seharian tidak akan lari daripada dua perkara, sama ada berada dalam keadaan maksiat atau taat. Rasulullah pernah menyebut tentang “halawah al-Iman” (kemanisan iman), dan dari situ kita dapat memahami iman itu manis. Melakukan perkara-perkara yang mendekatkan diri dengan Allah itu manis. Membaca al-Quran, solat berjemaah, menghadiri majlis ilmu, qiamullail dan sebagainya semuanya manis. 

Namun, kenapa susah benar untuk kita merasai kemanisan itu? Adakah hati kita sudah diselaputi titik hitam yang tak mampu dihilangkan oleh sebarang bentuk peluntur ataupun Clorox yang dapat menghilangkan kekotoran. Bagaimana kita perlu membersihkan hati dan sanubari dari terus ingin melakukan maksiat? Adakah kita diperhambakan oleh syaitan dan iblis yang hanya mahu mengikut kehendak nafsu yang tidak pernah ada batasannya.

Lazat sangatkah maksiat sehingga kita lebih sanggup memilih maksiat daripada taat dengan perintah Allah S.W.T? terlalu banyak mengerjakan maksiat, tika itu masih lazatkah jiwa? Mari kita telusuri beberapa akibat maksiat:

Tidak memberi cahaya dalam hidup
Usia remaja yang ingin meningkat dewasa seharusnya difokuskan untuk mempersiapkan diri dengan ilmu bersungguh-sungguh. Seterusnya proses menuntut ilmu berterusan hingga ke liang lahad. Namun, apabila hidup ini disebukkan dengan melakukan maksiat, masih adakah ruang untuk ilmu melekat??

Disempitkan hidup
Sama ada kita kaya atau miskin, jika kita suka berlazat dengan maksiat, hidup akan terasa sempit. Maksiat bukan sahaja menyempitkan jiwa malah menyempitkan harta. Dalam musnad Imam Ahmad diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud; “Sesungguhnya seorang hamba tidak akan mendapat rezeki kerana dosa yang dilakukannya.” Oleh itu, sekiranya kita merasakan rezeki yang ada tidak pernah cukup, cuba kita chek dosa atau maksiat yang telah kita lakukan. Janganlah kita terlalu lalai terhadap nikmat yang telah diberikan Allah, sekelip mata sahaja nikmat itu boleh ditarik, cumanya kita sedar atau tidak.

Melemahkan hati dan badan
Kekuatan mukmin adalah pada hatinya. Ia raja kepada anggota badan. Apabila hatinya kuat, maka anggotanya turut kuat dan tindakannya bermatlamat. Ahli maksiat, biarpun badannya kuat, tetapi hatinya lemah dan mula gelisah. Abdullah bin Abbas berkata:"Sesungguhnya pada kebaikan itu ada cahaya pada wajah, sinar pada hati, kelapangan pada rezeki dan kekuatan pada badan serta kecintaan di hati ramai orang terhadap dirinya.” Paling menakutkan, ahli maksiat akan dihukum Allah dalam bentuk lemah anggota badannya untuk melaksanakan ketaatan, terputus jalan-jalan kebaikan baginya dan kemudiannya mati dalam kemaksiatan. Sewaktu dibangkitkan kelak, diri pasti mengeluh kesal; “Aduhai, sekiranya dulu aku berbuat sesuatu untuk hidupku sekarang ini.” (Surah al-Fajr 89:24)

0 comments on "Lazatkah MAKSIAT?"

Post a Comment

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Berkat-Kasih Mama Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez