Wednesday, October 13, 2010

Jangan Abaikan 'ROHANI'

Posted by Shazwani at 13.10.10

Roh..semua makhluk bermula dari alam roh. Kita tidak tahu rupa sebenar roh. Kemudian roh dimasukkan kedalam jasad dan jasad hanya sebagai alat sementara bagi roh. Kebanyakkan manusia lupa yang selama ini kita hanya turut pada keinginan jasad seperti makan minum, kenikmatan melebihi keinginan roh, manusia sanggup melakukan apa sahaja demi jasad. Sanggup menghiasi jasad dengan macam2 perhiasan yang tidak dipandang oleh Allah, sanggup mengubah apa yang sudah diberi oleh Allah, dan demi memenuhi kehendak jasad kita sanggup mengejar kebendaan untuk kenikmatan yang sementara. 

Kita mengejar memilih rumah yang indah, memakai kenderaan yang besar dan mewah, makan makanan yang sedap dan lazat, hiburan yang melampau. Kita lupa semua yang kita kejar ini hanya kepalsuan semata dan bukan kekal. Kita diperbodohkan oleh iblis untuk mengejar dunia dengan melakukan apa sahaja demi memenuhi keinginan jasad, sedangkan jasad itu hanya sementara. Iblis memperbodohkan manusia supaya melihat kenikmatan yang ada di depan mata atau dunia dan mengganggap akhirat itu jauh dan tidak perlu dikejar dengan memenuhi keinginan jasad dan abaikan keinginan roh. 

Seharusnya kita patut sedar bahawa akhirat itu paling dekat dengan kita bukannya dunia. Bila-bila masa sahaja roh kita boleh meninggalkan jasad menuju akhirat. Kita juga tidak sedar selama kita ingin memenuhi keinginan jasad @ dunia tiba-tiba nyawa kita ditarik dan kita lupa untuk mengisi keinginan roh iaitu amal baik. Kita bermula dengan roh dan berakhir dengan roh. Mengapa kita sudah mengamalkan semua 5 rukun Islam tetapi sikap manusia masih lagi tidak betol? Ini kerana kita melupakan keinginan roh dengan tidak mendidiknya dengan amal baik dan kurang memberinya makan dengan berzikir. Pendidikan roh ini perlu kepada guru yang mursyid, jika tidak ia boleh memudaratkan diri. Iaitu perlu zikir yang tertib, syarat yang betul serta kejujuran dan keikhlasan hati. Sebagai contoh kita makan tanpa had tanpa tunjuk ajar pemakanan yang betul dari doktor ia akan memberi kesan pada diri kita ataupun pada jasad seperti akan mendapat pelbagai penyakit. Begitu juga roh, ia perlu makanan zikir jika tidak sikap roh akan lemah dan ia tidak akan mendidik hati kita. 

Berzikir di setiap kesempatan, tanpa mengira waktu dan tempat

Jika ingin mencantikkan hati hendaklah perlu ada guru bimbingan seperti perlu adanya guru senaman dan kecantikan untuk mencergaskan badan@jasad, dan jika tiada ia seolah-olah tidak sempurna tanpa nasihat dan tunjuk ajar. Mencantikkan roh dengan mendidik hati agar hampir kepada akhlak Rasulullah S.A.W. Berapa lama kita memperuntukan diri, mendidik roh dan mengenali roh kita?  Tahan lapar sebagai jalan kerohanian kerana roh pada asalnya tidak makan dan sentiasa berzikir. Tahan lapar dikatakan dapat menghampiri roh dan tidak memudaratkan jasad agar tidak malas dan tidak terlalu mengikut keinginan jasad.

0 comments on "Jangan Abaikan 'ROHANI'"

Post a Comment

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Berkat-Kasih Mama Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez