Wednesday, October 27, 2010

Ada apa dengan Tempe?

Posted by Shazwani at 27.10.10 1 comments

Salam semua...
bukan tujuan utama nak mempromosi tempe..@ mengkomersialkan tempe yang blh dikatakan berkhasiat itu,
Tapi sekadar mahu berkongsi tentang dialog Kartun di atas...

Apabila kehendak manusia sanggup dipenuhi, kehendak Allah bagaimana?
Penat.....melayan karenah dan kehendak manusia yang tidak terbatas.....hmmmm
Renung2 kan..
Mudah-mudahan kita diberi petunjuk oleh Allah..Insya Allah..

~sumber gambar dari mfrstudio ~~ tq

Sunday, October 24, 2010

365 hari Pemergian Ayah: Al-Fatihah

Posted by Shazwani at 24.10.10 3 comments
 Gambar kenangan bersama arwah ayah yang tercinta..Sharuddin Bin Supian (46)
(Diploma Convocation-UDM 09)

Tanggal 22hb 10 2010 genap setahun ayah 'pergi' meninggalkan kami sekeluarga..sebak rasa dihati, ayah tak sempat tgk anaknya ini menggenggam segulung ijazah..ayah pergi dalam keadaan yang tidak kuduga. Pemergian ayah yang amat ku sayang banyak mengajar aku erti redha, sabar dan tabah dalam mengharungi kehidupan di dunia ini. Nyatalah setiap kematian itu tidak akan terlewat walau sedetik pun. Malaikat 'Izrail yang telah bertanggungjawab mencabut nyawa manusia tanpa perlu berlengah. Begitulah janji Allah, setiap yang hidup tetap akan mati. Cuma kita tidak tahu bila akan tibanya masa kita itu.

Maafkan aku ayah
Belum sempat membalas jasamu
1000 keringatmu mengalir
Membesar dan memberi pendidikan pada ku
Belum sempat 1 pun terbalas olehku
Air mataku terus mengalir laju
Hibanya hati mengenangkan
Janji seorang anak yang belum sempat ditunaikan

kini...
Hari2 ku sentiasa berdoa untukmu
Moga ayah beroleh kertenangan yang sememangnya menjadi milikmu disana
Mudah-mudahan aku dapat bertemu ayah lagi
Di alam syurga yang kekal abadi..

Tuesday, October 19, 2010

Peperiksaan Yang Bakal Menjelang, Bi Taufiq Wal-Najah

Posted by Shazwani at 19.10.10 0 comments

Selamat Menduduki Peperiksaan buat semua warga UKM (25hb 10 hingga 14hb 10 2010). Khasnya buat sahabat-sahabat seperjuanganku. Semoga kalian semua mendapat kejayaan dan memperoleh kemenangan yang di impikan.

Segala usaha dan penat lelah kalian semua mudah-mudahan dibayar dengan sebuah kejayaan yang pasti. Jadikanlah Allah sebagai tempat tumpuan mengadu dan meminta yang utama dalam kehidupan seharian, dalam masa yang sama aktifkan lah dirimu untuk berusaha, kerana doa shj tanpa usaha tidak mendatangkan apa2. 

Jagalah kesihatanmu, supaya kita dapat menduduki peperiksaan dengan tenang.
Andai kata kamu tewas, itu tidak bermakna kamu tewas@gagal selamanya. Yakinlah setiap ketentuan yang telah ditetapkan Allah. Ikhlaskan hatimu merebut rahmat dan cinta Ilahi. Ku doakan kamu semua beroleh kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan nanti. Maafkan segala silap dan salah, terlebih bicara, tergurau tak semena, terkasar tidak sengaja. Tak dilupakan kepada semua tenaga pengajar JPDK, UKM  diatas didikan terbaik yang diberikan dan tidak jemu melayan karenah pelajar-pelajar yang nakal nie. Ilmu yang diberi pasti akan dimanfaatkan dalam kehidupan dengan sebaik mungkin.

Semoga ukhwah kita akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Insya Allah.

Monday, October 18, 2010

MAHER ZAIN: Berdakwah Melalui Muzik Kontemporari

Posted by Shazwani at 18.10.10 2 comments
Baru-baru ini diadakan konsert Maher Zain di Auditorium MBSA.. ermm, saya tidak dapat menghadirinya kerana tiada transport, lagipun sibuk menyiapkan tesis ku dan asignment yang masih tergendala..apapun saya amat meminati artis ini, lagu-lagunya yang sedap menjadi halwa telinga, tahniah diucapkan pada MAHER ZAIN..menyampaikan dakwah islam melalui lagu2nya yang indah-indah melalui Muzik Kontemporari..

Pemuda yang berumur 28 tahun ini merupakan penyanyi berbangsa Swedish dan dan produser muzik Lebanon. Album pertamanya "Thank U Allah" mengandungi 13 judul lagu dan dua lagu bonus telah berada di pasaran pada 1 november 2009. Penglibatan Maher dalam bidang muzik datang dari bapanya sendiri, iaitu seorang penyanyi tempatan di bandar Mediterranean, Tripoli, Lubnan. Kemudian keluarganya berpindah ke Sweden ketika beliau berumur 8 thn dan meneruskan persekolahannya hingga ke peringkat universiti dalam Bidang Kejuruteraan Aeronautik.

Saturday, October 16, 2010

TELADAN CINTA KITA..

Posted by Shazwani at 16.10.10 0 comments

CINTA.......
semua orang berkata tentangnya
diriku pernah merasai cinta
disayangi, dirindui, disakiti, dicemburui
itulah cinta yang pernah berlaku antara aku dan dia
biarpun sudah menjadi sejarah
dan akan ku hapus sejarah itu agar jauh dari fikirku
kerana apabila cintakan manusia melebihi cinta Allah
hati tidak akan tenang
Malah akan merosakkan hati dan jiwa

Kini..
aku lebih bahagia, dan hidup ini ku rasakan lebih bererti
apabila cinta ini kuhambarkan pada yang hak
sungguh ku mahukan cinta luhur yang sejati dari seorang lelaki yang ku anggap SUAMI

Friday, October 15, 2010

Baju Kurung: Coretan Dari Hati

Posted by Shazwani at 15.10.10 0 comments
Baju kurung adalah sebahagian dari kehidupanku,
Setiap hari ku memakainya, 
Menghadiri kelas, ke majlis, bekerja atau apa sahaja bentuk perayaan,
Mungkin ramai yang seperti ku,
Memakainya demi untuk menutup tubuh dan menggapai redha Allah..mudah-mudahan

Baju kurungku........
Kau datang pada usia ibu menyuruhku memakaimu
Rungutanku berjela-jela
Fesyen remaja menghantuiku
Berlabel Busana ala-Muslimah

Baju Kurungku..........
Kelembutanmu
Mengusir gelisahku
Yang mula mengenal malu
Dan memahami keunikanmu
Peninggalan bangsaku
Bertakhta dalam sanubariku

Baju Kurungku.........
Kau tenangkan saat sibukku
Kau sejukkan saat panasku
Kau lembutkan kekerasanku
Kau sembunyikan keburukanku
Kau tawadukkan keangkuhanku
Kau tundukkan nafsuku

Sahabat sejatiku
Pentarbiyahku
Kau pelindung maruahku
Sayangnya
Tak ramai yang menggemarimu
apatah lagi memilikimu

Baju Kurungku........
Ku sedari kemuliannmu
Benteng api neraka-Mu
Kunci sebuah ibadah
Dalam menuju keredhaan-Mu

Thursday, October 14, 2010

Lazatkah MAKSIAT?

Posted by Shazwani at 14.10.10 0 comments
Kehidupan kita seharian tidak akan lari daripada dua perkara, sama ada berada dalam keadaan maksiat atau taat. Rasulullah pernah menyebut tentang “halawah al-Iman” (kemanisan iman), dan dari situ kita dapat memahami iman itu manis. Melakukan perkara-perkara yang mendekatkan diri dengan Allah itu manis. Membaca al-Quran, solat berjemaah, menghadiri majlis ilmu, qiamullail dan sebagainya semuanya manis. 

Namun, kenapa susah benar untuk kita merasai kemanisan itu? Adakah hati kita sudah diselaputi titik hitam yang tak mampu dihilangkan oleh sebarang bentuk peluntur ataupun Clorox yang dapat menghilangkan kekotoran. Bagaimana kita perlu membersihkan hati dan sanubari dari terus ingin melakukan maksiat? Adakah kita diperhambakan oleh syaitan dan iblis yang hanya mahu mengikut kehendak nafsu yang tidak pernah ada batasannya.

Wednesday, October 13, 2010

Jangan Abaikan 'ROHANI'

Posted by Shazwani at 13.10.10 0 comments

Roh..semua makhluk bermula dari alam roh. Kita tidak tahu rupa sebenar roh. Kemudian roh dimasukkan kedalam jasad dan jasad hanya sebagai alat sementara bagi roh. Kebanyakkan manusia lupa yang selama ini kita hanya turut pada keinginan jasad seperti makan minum, kenikmatan melebihi keinginan roh, manusia sanggup melakukan apa sahaja demi jasad. Sanggup menghiasi jasad dengan macam2 perhiasan yang tidak dipandang oleh Allah, sanggup mengubah apa yang sudah diberi oleh Allah, dan demi memenuhi kehendak jasad kita sanggup mengejar kebendaan untuk kenikmatan yang sementara. 

Kita mengejar memilih rumah yang indah, memakai kenderaan yang besar dan mewah, makan makanan yang sedap dan lazat, hiburan yang melampau. Kita lupa semua yang kita kejar ini hanya kepalsuan semata dan bukan kekal. Kita diperbodohkan oleh iblis untuk mengejar dunia dengan melakukan apa sahaja demi memenuhi keinginan jasad, sedangkan jasad itu hanya sementara. Iblis memperbodohkan manusia supaya melihat kenikmatan yang ada di depan mata atau dunia dan mengganggap akhirat itu jauh dan tidak perlu dikejar dengan memenuhi keinginan jasad dan abaikan keinginan roh. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Berkat-Kasih Mama Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez