Monday, September 27, 2010

'JATUH HATI' kerana akhlak baik

Posted by Shazwani at 27.9.10
Islam adalah untuk semua. Nabi Muhammad S.A.W juga diutuskan sebagai rahmat untuk seluruh alam. Nabi Muhammad juga berdakwah untuk mengajak orang bukan islam untuk memeluk Islam.

Baginda pernah menyatakan kepada para sahabatnya bahawa harta tidak mampu menawan hati orang kafir untuk memeluk Islam, tetapi muka manis dan akhlak dapat menawan hati-hati mereka. Pendekatan yang perlu dimainkan oleh golongan pendakwah adalah dengan berkata dengan perkataan yang baik.

Hari ini umat Islam gagal menawan orang bukan islam dengan akhlak yang baik. Malah akhlak mereka adalah sama dan ada yang lebih teruk daripada mereka. Keindahan Islam itu sememangnya sudah terlihat pada isi kandungan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Dan keindahan itu akan membawa kepada kesejahteraan. Manakala, Islam sudahpun lengkap ketika Nabi Muhammad S.A.W berdakwah selama 23 tahun.

Akhlak adalah roh kepada akidah dan syariat. Maju itu adalah Islam dan bukan umat Islam. Umat Islam yang maju adalah umat yang berilmu dan mestilah melalui proses iqra'. Dalam Iqra' semua maklumat dikumpul dan digunakan untuk mengembangkan Islam di era moden ini.

Keterampilan sebagai pendakwah mestilah hebat. Biar orang melihat Islam itu hebat disebabkan penampilan yang meyakinkan. Janganlah menapilkan diri kita selekeh kerana boleh mencemarkan nama Islam itu sendiri..

0 comments on "'JATUH HATI' kerana akhlak baik"

Post a Comment

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Berkat-Kasih Mama Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez