Wednesday, September 29, 2010
Cepat-cepat Minta Maaf
Syawal datang diiringi laungan takbir syahdu. Kemeriahan aidilfitri menutup tabir Ramadan yang berlabuh. Kesyukuran sang hamba atas kurniaan nikmat Iman dan Islam dan sempurnanya ketaatan sebulan berpuasa, menggamit rindu akan syurga Ilahi.
Kegembiraan, kemeriahan, keindahan, kesyahduan, kesyukuran dan pelbagai lagi rasa hati dan perasaan, letaknya dihati kita. Pelbagai kalimat ini, memerlukan hati yang lapang untuk menampungnya. Jika sempit hati, bagaimana mampu menampung segala perasaan tersebut?
Antara perasaan yang memberatkan hati dan menyempitkan jiwa ialah kemarahan. Api kemarahan, apabila marak akan membakar segala ruang yang diperlukan dalam dada seseorang. Pepatah melayu ada mengatakan: " Terbakar kampung nampak asap, Terbakar hati, tak siapa yang tahu." Memberi kemaafan ada kalanya lebih berat daripada memikul batu dibahu. Lebih-lebih lagi jika hati telah keras membatu, bersalut dengan dendam dan kebencian. Jgn biarkan hati kematu membatu. Leburkan ego dan kemarahan, Terutama pada saat lebaran yang mulia.
Lapang Jiwa
Kemaafan akan membuka pintu kelapangan dalam jiwa. Jiwa pemaaf akan mengecap kelapangan perasaan terhadap saudara yang lain. Kelapangan perasaan adalah rahsia kebahagiaan hidup insan. Insan yang pemaaf akan menikmati kelapangan jiwa, hati dan perasaan. Kemaafan juga membuka pintu kelapangan dialam barzakh. Alam kubur akan sempit, jika kesempitan itu diwarisi dari dunia lagi. Jiwa yang sempit dikhuatiri membawa ke kubur yang sempit juga. Justeru, lapangkan kubur kita dengan melapangkan hati untuk memberi kemaafan.
Kemaafan juga membuka pintu keberkatan hidup. Keberkatan hidup menjana kelapangan rezeki. Rezeki yang berkat akan melapangkan hidup. Hutang akan berkurangan, pendapatan akan bertambah dan keselesaan akan tersebar. Sebaliknya, hati yang tidak memaafkan akan terkena panahan kesakitan. Sakit hati tidak akan pulih, kedukaan akan meliputi dan kegelisahan akan merundung diri. Terbakar hati akan memakan diri, membungkam jiwa, memudarkan seri wajah dan menghakis kebaikan amal.
Padamkan Marah Dan Dendam
Hulurkan kemaafan dan panjangkan tali silaturrahim serta padamkan api kebencian. Benamkan kebencian tersebut, tanamkan benih kasih sayang, suburkan pepaduan dan tingkatkan keyakinan sesama insan.
Hidup ini terlalu sunyi untuk dilalui secara bersendirian, juster janganlah mencipta musuh dan lawan sepanjang jalan.
Allah Maha Pemaaf
al-'Auf atau Maha Pemaaf adalah antara nama dan sifat Allah s.w.t yang mulia. Malulah kita kepada Allah, jika kita gagal menjadi pemaaf. Allah yang mencipta dan mengatur serta mentadbir alam ini pun, masih memberi kemaafan kepada hamba-hamba Nya yang melakukan kesalahan, apatah lagi kita yang kerdil dan hina ini.
Tingkatkan kualiti diri kita dengan menjadi seorang yang pemaaf. Orang yang pemaaf akan disenangi mereka yang ada di sekelilingnya. Memberi kemaafan lebih berharga dan dihargai daripada memberi wang dan meterial. Wang akan cepat habis tetapi kemaafan yang diberi, ibarat benih yang baik, yang akan menumbuhkan pohon kasih sayang dan persaudaraan.
Tidak rugi menjadi pemaaf. Dendam dan marah tidak membawa apa-apa, hanya kesakitan dalam jiwa. Sucikan dan bersihkan hatimu dengan memaafkan orang lain, Nescaya orang lain akan senang dan happy bersama kamu. Di Aidilfitri ini, sebarkanlah kemaafan kerana ia menambah lagi serinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cepat-cepat Minta Maaf
Hanya dariku
Shazwani
at
29.9.10

0 comments on "Cepat-cepat Minta Maaf"
Post a Comment