Wednesday, August 18, 2010

KENDURI KAHWIN : MENCARI KEBERKATAN @ KEMEGAHAN

Posted by Shazwani at 18.8.10
Hidup berpasangan adalah satu fitrah yang telah sedia tertanam dalam jiwa manusia seluruhnya. Justeru, Islam amat menggalakkan umatnya untuk berkahwin. Perkahwinan merupakan asas pembentukan sesebuah masyarakat yang harmoni. Dengan adanya ikatan perkahwinan, jiwa menjadi tenang dan tenteram, mendapat keturunan yang halal lagi sistematik, sekali gus ikatan perkahwinan juga dapat mengawal diri daripada berlakunya pelbagai bentuk penzinaan, homoseksual, pelacuran dan sebagainya. Setiap pasangan yang telah berkahwin pasti mengimpikan sebuah perkahwinan yang bahagia dan rumah tangga yang harmoni beralaskan kasih sayang, cinta mencintai dan kasih mengasihi antara suami dan isteri.
Rata-rata masyarakat Melayu Islam di Malaysia dulu dan kini mengadakan kenduri kahwin bagi meraikan pasangan pengantin yang telah dinikahkan dengan mengadakan jamuan makan kepada orang ramai, khususnya kepada saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai. Kenduri untuk pernikahan sepasang pengantin ini merupakan unjuran dan sunnah Rasulullah SAW. Hukumnya adalah sunat muakkad (sangat dituntut). Hal ini adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas ra katanya : ‘Ketika tiba waktu pagi hari setelah Nabi SAW menjadi seorang pengantin denga Zainab ibn Juhsy, baginda mengundang orang ramai, lalu mereka dijamu dengan makanan dan setelah itu mereka pun bersurai.’ (Riwayat al-Bukhari)
Align Center
Di negara kita bulan November dan Disember atau yang menandakan waktu cuti sekolah kebiasaannya dipenuhi dengan pelbagai jemputan ke majlis perkahwinan. Paling tidak dalam satu hari pasti mendapat jemputan sebanyak dua atau tiga buah rumah. Waktu ini dipilih kerana masanya yang sesuai untuk semua sanak saudara dan ahli keluarga dapat berkumpul berbanding hari-hari biasa.
Antara hikmah Islam maggalakkan diadakan kenduri kahwin adalah:
1.Melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana dapat mendirikan rumah tangga.
2. Melahirkan rasa kegembiraan atas ikatan perkahwinan.
3.Mengisytiharkan kepada orang ramai bahawa pasangan telah menjadi suami isteri yang sah.
4. Memberi peluang kepada para tetamu bersuai kenal di samping merapatkan hubungan silaturrahim.
Menjadi raja sehari merupakan saat yang diimpikan oleh semua orang. Bahkan terdapat juga mereka yang mengimpikan majlis perkahwinan yang gilang gemilang. Bersederhanalah dan janganlah membazir semata-mata mahu menunjuk-nunjuk dan bangga diri. Sebuah perkahwinan bukanlah dinilai pada 'gah' nya kenduri kahwin atau majlis resepsinya, tetapi yang diukur adalah perjalanan kehidupan selepas diakadkan. Perjalanan hidup baru bermula, sebagai seorang suami isteri bersama-sama tanggungjawab yang perlu digalas untuk membina rumah tangga yang diredhai oleh Allah S.W.T.

Rasululullah S.A.W telah mengunjurkan sunnah dalam mengadakan kenduri kahwin yang perlu diambil perhatian untuk semua bakal pengantin, berikut ialah:

1. Diadakan secara sederhana yang tidak perlu membawa kepada pembaziran. Sesungguhnya membazir itu amalan syaitan. Masyarakat kita pada hari ini kebanyakkannya mengadakan kenduri kahwin sampai terpaksa berhutang. Itulah amalan manusia yang lebih mementingkan adat daripada sunnah Nabi sendiri.
2. Kenduri dilakukan tanpa sifat riyak dan bangga diri.
3. Tidak mengandungi unsur-unsur khurafat atau adat-adat yang membawa kepada syirik.
4. Tidak menghidangkan makanan yang mengandungi syubhah.
5. Tidak mengandungi perkara-perkara maksiat seperti jamuan arak dan hiburan yang melalaikan.
6. Tidak mengkhususkan jemputan hanya untuk orang kaya sahaja, orang miskin dan fakir dilupakan.
7. Disunatkan menghulurkan pertolongan bagi mengurangkan beban tuan rumah dan dapat menyuburkan semngat gotong royong di kalangan masyarakat.

Laksakanlah kenduri kahwin sekadar yang mampu. Apa yang penting ia dilakukan dengan niat yang ikhlas selain untuk memanjatkan kesyukuran tanpa megharapkan apa-apa balasan.

Bukan kerana menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah.

Mudah-mudahan majlis yang diadakan dilimpahi berkat dan keredhaan Allah S.W.T. Apalah gunanya jika wang dihabiskan untuk majlis besar-besaran tetapi jauh dari keberkatan Allah. Hal ini mungkin akan memberi implikasi dalam melaksanakan tanggungjawab suami isteri dan membina keluarga bahagia.

Seandainya ada yang bermanfaat disini, amalkanlah disegenap ruang kehidupanmu.

0 comments on "KENDURI KAHWIN : MENCARI KEBERKATAN @ KEMEGAHAN"

Post a Comment

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Berkat-Kasih Mama Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez